COVID-19: Angka Korban Meningkat Kepada 1,524 Orang


Angka kematian di China akibat penularan wabak koronavirus atau nama rasminya, COVID-19 dilaporkan terus meningkat kepada 1,524 kes di mana ia mencatatkan peningkatan sebanyak 143 kematian dalam tempoh 24 jam.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan negara China, sebanyak 66,492 kes positif telah dilaporkan dengan 2,280 kes baharu dikesan.

Bagi kes di luar tanah besar China pula, sebanyak 56 kes dikesan di Hong Kong dan 10 di Macau, manakala kes yang berada di bawah pemantauan menunjukkan penurunan kepada 169,039 orang.

Untuk rekod, Wuhan yang merupakan sebuah bandar di wilayah Hubei, China menjadi titik awal penularan wabak COVID-19.

Angka kematian akibat virus itu terus meningkat dari masa ke masa selain pertambahan kes baharu yang direkodkan di beberapa buah negara lain selain China.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca