Setiap negara mempunyai cara mereka yang tersendiri dalam mengekang penularan COVID-19.
Ada yang memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tak kurang juga yang terus mengenakan perintah berkurung atau lockdown.
Namun lain pula yang terjadi di Bali, Indonesia apabila individu yang didapati tidak memakai penutup muka akan dikenakan denda tekan tubi.
Menurut laporan Daily Star, ramai penduduk setempat dipaksa melakukan tekan tubi kerana gagal mematuhi arahan itu.
View this post on InstagramA post shared by Seputar Informasi dan Hiburan (@denpasarnow) on
Video serta foto yang melibatkan hukuman itu turut dikongsi secara meluas di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.
Menurut Ketua Kampung Intaran, Gusti Alit Kencana, sesiapa yang tidak memakai topeng muka juga tidak dibenarkan memasuki kawasan itu.
Pada 5 April lalu, pihak berkuasa di Bali telah menetapkan kewajipan memakai topeng muka demi membanteras penularan COVID-19.
Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yang hampir sama dengan cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah: