COVID-19: Akibat Keletihan Dan Tekanan, Doktor Di AS Ini Telah ‘Ragut’ Nyawanya Sendiri

Menurut laporan, seorang doktor di Amerika Syarikat (AS) yang baru pulih dari COVID-19 telah meragut nyawanya sendiri akibat tekanan kerja dan keletihan.

Dr. Lorna Breen merupakan salah seorang pegawai perubatan di wad kecemasan Columbia University Irving Medical Center, New York.

Doktor yang berusia 49 tahun itu dikatakan dijangkiti COVID-19 pada awal April lalu dan mengambil masa lebih seminggu untuk pulih. Beliau kemudian kembali bekerja dan difahamkan tidak mampu bertahan untuk bekerja dalam tempoh yang lama.

Breen sering menceritakan tentang kesibukannya kepada ayahnya yang juga seorang doktor, Philip Breen semenjak wabak COVID-19 melanda.

“Dia dan rakan-rakannya menghabiskan 18 jam bekerja setiap hari, malah adakalanya terpaksa tidur di luar wad kerana tidak sempat pulang ke rumah.

Apabila sihat dan kembali bekerja, dia tidak mampu untuk habiskan syif selama 12 jam. Tetapi dia teruskan juga kerana kasihankan rakan-rakannya,” kata Philip kepada¬†CNN.

Kerana keletihan, beliau dimasukkan ke hospital sebelum dibenarkan keluar dan memilih untuk tinggal dengan kakaknya di Charlottesville. Di situ, beliau telah ditemui meninggal dunia.

Polis dalam satu kenyataan telah mengesahkan Breen maut akibat mencederakan diri sendiri.

Untuk rekod, Amerika Syarikat kini mencatatkan 1,188,122 kes positif COVID-19 dan 68,598 kes angka korban.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca