COVID-19: “Akad Nikah Dilangsungkan Tanpa Berjabat Tangan” – JAIS

Kenyataan mengenai larangan mengadakan kenduri untuk meraikan majlis perkahwinan telah dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kelmarin. Larangan tersebut seiring dengan arahan Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara susulan penularan wabak COVID-19.

JAIS dalam satu kenyataan memaklumkan, pasangan yang ingin melangsungkan majlis akad nikah di Selangor perlu mengikuti tatacara pelaksanaan yang dikeluarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 April hingga 31 Mac.

Sumber: Facebook

“Pelaksanaan majlis akad nikah hendaklah dilangsungkan dengan syarat ia dijalankan di premis persendirian dan dilarang sama sekali melangsungkan akad nikah di tempat awam seperti masjid, surau atau sebagainya.”

Menurut kenyataan itu lagi, “majlis akad nikah itu hanya boleh dihadiri oleh seorang pendaftar atau penolong pendaftar perkahwinan, pengantin lelaki dan perempuan, seorang wali, dua orang saksi serta dua orang wakil bagi pihak pengantin lelaki dan perempuan.”

Perjalanan majlis akad nikah dan khutbah nikah yang diadakan juga tidak seharusnya melebihi 20 minit.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kesemua individu perlu mengambil langkah-langkah keselamatan dan hendaklah mematuhi nasihat yang diberikan, termasuk berkaitan penyediaan cecair pencuci tangan, topeng dan jarak keselamatan antara individu.

Dua hari lepas, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 April hingga 31 Mac ini, di seluruh negara bagi membendung penularan COVID-19.

Beliau berkata, perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967, membabitkan larangan menyeluruh pergerakan seta perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca