COVID-19: Adakah Ia Sudah Diramal Atau Hanya Kebetulan?

Pandemik koronavirus atau nama rasminya COVID-19 merupakan wabak yang semakin membimbangkan tahap penularannya. Wabak ini merebak dengan begitu pantas sekali, ia dipercayai bermula dari wilayah Wuhan, China dan kemudiannya merebak ke seluruh dunia.

Baru-baru ini tular di media sosial tentang sebuah novel yang dikatakan seakan-akan telah meramal penularan wabak COVID-19 yang sedang dunia hadapi pada waktu ini.

Novel tersebut ialah The Eyes of Darkness yang ditulis oleh Dean Koontz. Ia telah diterbitkan pada 1981 iaitu 39 tahun yang lalu.

Perkara ini dikongsi oleh salah seorang pengguna laman Twitter. Dia berkongsi muka surat yang tertulis tentang perkara yang seakan COVID-19.

Menerusi novel itu dinyatakan virus pembunuh yang digelar Wuhan-400, yang pembaca kaitkan dengan nama bandar di China, tempat bermulanya COVID-19.

Watak dalam novel itu membincangkan mengenai peperangan biologi dan menamakannya sebagai ‘senjata yang sempurna’.

Watak yang bernama Dombey menceritakan kisah tentang saintis Cina yang membawa senjata biologi yang dipanggil “Wuhan-400” ke Amerika Syarikat. Senjata biologi tersebut dibangunkan di dalam makmal di luar Wuhan, China.

Dalam novel ini juga, virus tersebut mempunyai kadar kematian 100 peratus. Bermaksud tiada seorang pun akan terselamat jika dijankiti virus ini.

Perkara ini tidak sama dengan pandemik COVID-19. Walaupun wabak ini boleh membawa maut, tetapi kadar kematian koronavirus tidaklah 100 peratus kerana ramai juga di antara mangsa sudah pun sembuh daripada wabak ini.

Banyak spekulasi dan pendapat telah dibuat oleh banyak pihak. Ada yang beranggapan COVID-19 ini telah dirancang dan sebagainya. Apa-apa pun, tidak kiralah sama ada wabak ini telah diramal atau kebetulan sahaja, kita perlu sentisa mengambil langkah selamat untuk tidak dijangkiti wabak ini. Oleh itu, penulis menyeru semua patuh terhadap arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan jangan pentingkan diri sendiri.

Untuk baca artikel lain berkenaan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca