COVID-19: 556 Jumlah Kes Di Korea Selatan

Setakat pagi ini, Korea Selatan dilaporkan telah mencatatkan 123 lagi jangkitan Koronavirus baharu (COVID-19) dengan dua kes kematian.

Isu berkenaan menjadikan keseluruhan jumlah kes jangkitan di negara berkenaan kepada 556 kes dengan empat kematian.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea, 75 daripada kes terbaharu itu mempunyai kaitan rapat dengan pengunjung sebuah gereja di Daegu yang terletak di tenggara negara terbabit.

Dalam pada itu, di negara sama, Samsung Electronics mengesahkan salah satu kompleks kilangnya di bandar Gumi terpaksa ditutup buat sementara waktu susulan seorang kakitangannya dijangkiti virus berkenaan, semalam.

Menurut laporan, pengeluar telefon bimbit utama dunia itu akan menutup operasi di kilang berkenaan sehingga 24 Februari ini.

Manakala tingkat yang menjadi tempat kerja kakitangan yang dijangkiti itu pula akan ditutup sehingga tanggal 25 Februari.

Sementara itu, angka kematian di bandar Hubei, China yang merupakan wilayah paling teruk terjejas akibat COVID-19 sudah melebihi 2,400 orang.

Hal berkenaan dilaporkan selepas 96 kematian lagi dicatatkan di wilayah berkenaan.

Suruhanjaya Kesihatan Hubei mengesahkan, wilayah itu merekodkan 630 kes baharu.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kira-kira 77,000 kes di seluruh China.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak Koronavirus (COVID-19), sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca