COVID-19: 2 Warga Iran Maut, Kes Pertama Di Asia Barat

Dua warga emas dilaporkan meninggal dunia di Iran selepas disahkan positif Koronavirus baharu (COVID-19) pada Rabu.

Kes berkenaan sekaligus menjadikannya insiden kematian akibat COVID-19 yang pertama di Asia Barat dan yang ketujuh dan kelapan berlaku di luar China.

Menurut laporan, kedua-dua mangsa merupakan warga Iran yang tinggal di Qom yakni sebuah bandar di selatan Tehran.

Memetik jurucakap Kementerian Kesihatan, Kianoush Jahanpour, jangkitan COVID-19 dikesan pada dua warga emas berkenaan yang mempunyai masalah imuniti.

Walau bagaimanapun, ketua unit penyakit berjangkit kementerian berkenaan memaklumkan kedua-dua mangsa datang ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas jatuh sakit dan masing-masing tidak mempunyai sejarah ke luar negara.

Setakat ini, angka kematian di Hubei, China akibat wabak Koronavirus (COVID-19) semakin meningkat dengan jumlah keseluruhan korban di seluruh dunia kini melebih 2,000 orang.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak Koronavirus (COVID-19), sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca