COVID-19: 163 Pesakit Pulih Di Korea Selatan Ini Kembali Positif

Pakar-pakar perubatan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Selatan (KCDC) ini sedang ‘bingung’ tentang bagaimana 163 bekas pesakit COVID-19 boleh kembali positif wabak meragut nyawa tersebut.

Memetik laporan CNN, Timbalan Pengarah KCDC iaitu Kwon Joon-wook berkata situasi ini telah mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan COVID-19 untuk kembali aktif dalam bekas pesakit.

Beliau yakin bahawa terdapat kemungkinan saringan itu dilakukan menggunakan kaedah Asid Ribonuklik (RNA) di mana ujian itu sangat sensitif.

Terdapat teori lain yang mempersoalkan sama ada ujian yang dilakukan sebelum ini ke atas pesakit yang sudah pulih itu mempunyai sedikit ralat. Dalam erti kata lain, ia turut mempunyai kemungkinan besar untuk hasil ujian itu menjadi tidak tepat.

Sebagai respons, Joon-wook menjelaskan tidak ada indikator yang menunjukkan 163 bekas pesakit kembali positif itu menjangkiti individu lain walaupun 44 peratus daripada mereka menunjukkan simptom ringan.

“Para saintis masih tidak dapat merungkai ‘kekebalan’ sebenar wabak itu sehingga ke hari ini,” ujarnya.

Tambahnya, COVID-19 ialah patogen yang paling mencabar kepada dunia perubatan dalam dekad ini.

Sementara itu, pakar perubatan terkemuka China iaitu Zhong Nanshan turut membuat andaian serpihan penyakit itu masih ‘terlekat’ pada tubuh badan manusia.

grayscale photo of man walking on tunnel

Untuk pengetahuan anda, senario sama pernah berlaku di China apabila beberapa pesakit yang telah pulih kembali positif. Terdapat beberapa pesakit yang meninggal dunia selepas sembuh dan keluar dari hospital menurut laporan Astro Awani.

Sebagai peringatan, tolong patuhi arahan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan kerana kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca