Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan 15 cawangan Malaysia Building Society Berhad (MBSB) ditutup buat sementara waktu. Penutupan ini bertujuan untuk mengurangkan pendedahan virus COVID-19 dalam kalangan pekerja dan pelanggannya.
Cash Recycling Machine (CRM) dan Cheque Deposit Machine mereka masih beroperasi setiap hari dari jam 7 pagi hingga 10 malam.
MBSB di cawangan Kuantan pula beroperasi dari jam 7 pagi sehingga 7 malam pada setiap hari.

Sementara itu, salah seorang pekerjanya yang berpusat di cawangan Kenanga International, Jalan Sultan Ismail pula dipercayai menerima jangkitan COVID-19 daripada ahli keluarga. MBSB Bank telah mengesahkan bahawa pekerja tersebut tidak berurusan dengan pengguna secara langsung. Semua pekerja di cawangan tersebut telah diarahkan bekerja dari rumah.
Ekoran kes tersebut, 31 buah cawangan yang lain masih dibuka seperti biasa bagi menggantikan 15 cawangan yang telah pun ditutup. Antara cawangan yang ditutup termasuk:




Dalam kenyataannya, MBSB memohon maaf atas kesulitan ini dan menggalak pelanggannya menggunakan Perbankan Dalam Talian MBSB Bank, M Journey semasa tempoh penutupan ini. Mereka juga boleh melawati cawangan terdekat jika perlu melakukan transaksi segera.
Jika berlaku kesulitan, pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan mereka di talian 03-20963000 atau menerusi e-mel [email protected]
Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah: