Coretan Ini Dedah Punca ‘Lockdown’ China Lebih Berhasil Berbanding Itali

Pernahkah anda terfikir kenapa lockdown di China mendatangkan hasil yang lebih baik berbanding Itali? Coretan seorang pengguna Facebook iaitu Helmi Effendy ini berjaya mencuri perhatian ramai selepas mengutarakan pendapatnya mengenai perbezaan kerajaan China dan Itali dalam menangani penularan COVID-19.

Menurut Helmi, “China bagitahu kepada dunia, kalau perlu untuk kau heret rakyat kau balik ke rumah dia, buatlah! Kalau perlu untuk kau hancurkan gerai-gerai tepi jalan yang berdegil untuk dengar kata-kata pihak berkuasa, maka lakukanlah.”

Tidak berhenti di situ, “China telah paksa setiap kapitalis yang degil tidak mahu tutup syarikat dan kilang mereka untuk duduk diam selama satu bulan sahaja. Sebulan rugi tidak ada masalah berbanding bertahun-tahun lebih kerugian.”

“Kenapa lockdown draconian ini perlu? Sebab nak pastikan bahawa graf jangkitan berjaya diturunkan. Graf yang menegak itu perlu diratakan dan setiap manusia menjangkiti 2.5 orang di sekitar mereka,” tambahnya.

Walau bagaimanapun, kerajaan Itali pula bertindak sebaliknya kerana terlalu berlembut dengan perintah berkurung mereka.

Untuk pengetahuan anda, pengangkutan awam masih berjalan seperti biasa, orang ramai masih lagi boleh bersesak di pasar raya, penduduk pula tidak mengamalkan social distancing dan rakyat Itali juga terlalu manja.

Jelasnya, “Baru buat lockdown sikit, rakyat Itali sudah lari balik kampung macam orang Malaysia.”

Tegasnya, “China berjaya flattened the curve! Kalau Eropah dan Amerika Syarikat mahu lawan malapetaka yang sedang berlaku di negara mereka, mereka perlu jadi seperti China!”

Dalam pada itu, beliau turut menyeru Eropah dan Amerika Syarikat untuk mengabaikan ideologi hak asasi individu mereka buat sementara waktu kerana ada kalanya kebebasan harus dikorbankan demi sesuatu yang lebih baik.

Pada pendapat anda, adakah kita perlu mengikuti perintah berkurung yang pernah dikeluarkan oleh kerajaan China ini untuk menghentikan penularan wabak meragut nyawa ini?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca