Selebriti terkenal dari negara seberang Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari memuat naik gambar suaminya, arwah Ashraf Sinclair di laman Instagram buat kali pertama selepas pelakon berkenaan menghembuskan nafas terakhirnya.
Ashraf yang mula dikenali ramai selepas memainkan watak Eddy dalam Gol & Gincu ini meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari lalu.
Bunga turut meluahkan rasa syukurnya kerana dapat berpuasa dan menyambut hari lebaran bersama orang-orang tersayang pada hari pertama Aidilfitri.
Penyanyi Wanita Terbahagia ini turut memohon kepada Allah SWT untuk menjaga Ashraf. Perkara tersebut dikongsi oleh Bunga menerusi Instagram story.

Bunga turut berkongsi sekeping foto Ashraf bermain dengan warna di laman Instagram. Foto itu merupakan gambar pertama Ashraf yang dimuat naik ke Instagram Bunga selepas arwah meninggal dunia.

Bunga berkata menerusi ruangan kapsyen, “Saya rindu kamu setiap hari.”
Sementara itu, tinjauan kami di ruangan komen mendapati rakan-rakan artis turut meluahkan perasaan rindu mereka terhadap Ashraf:



Bunga Citra Lestari mengikat tali perkahwinan bersama Allahyarham Ashraf Sinclair pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Aidan Sinclair pada 22 September 2010.
Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.
View this post on InstagramHey You, I miss you.. Each and everyday.. ❤️
A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Bunga dan Ashraf, anda boleh klik pada pautan di bawah: