Comel Tapi Dungu, Koala Dinobatkan Sebagai Haiwan Terbodoh

Salah satu fakta terkenal tentang koala yang kita tahu ialah mereka merupakan salah satu haiwan yang paling kuat tidur iaitu selama 18 jam.

Namun begitu, tahukah anda bahawa haiwan yang kelihatan comel ini merupakan haiwan yang paling kurang bijak?

Koala dikatakan mempunyai kemampuan luar biasa dalam menentang sifat semula jadi bagi seekor haiwan.

Hal ini dikatakan demikian kerana haiwan ini kurang daya pemahaman dan tidak bijak dalam mempertahankan diri mereka sendiri.

Berbeza dengan otak manusia dan haiwan-haiwan lain, otak seekor koala bukan sahaja kecil, tetapi juga mempunyai permukaan yang licin.

Perkara ini menunjukkan bahawa haiwan comel ini mempunyai masalah dalam pemahaman berbanding haiwan yang lain.

Sebagai bukti, koala tidak faham akan konsep hujan dan mereka tidak akan mencari tempat untuk berteduh dan sebaliknya mengenangkan nasib mereka yang kebasahan sehinggalah hujan berhenti.

Sumber: Wild Koala Day

Daun kayu putih, atau dikenali sebagai eucaplyptus, merupakan salah satu makanan harian bagi seekor koala walaupun sebenarnya tumbuhan itu sangat beracun.

Jika daun eucalyptus ini dihidangkan dalam pinggan, koala tidak akan mengendahkan daun tersebut kerana daun itu bukanlah daripada pokok yang selalu mereka makan.

Walaupun perut seekor koala mampu mencerna makanan yang beracun, daun eucalyptus ini juga tidak mengandungi nutrisi yang tinggi untuk dimakan.

Oleh itu, koala menghabiskan masa untuk tidur selama 18 jam kerana makanan yang mereka makan tidak memberikan mereka sebarang tenaga.

Haiwan ini juga kerap merosakkan gigi mereka sendiri kerana mereka sering mengunyah benda-benda dan permukaan yang keras.

Sekiranya gigi koala sudah rosak sepenuhnya, mereka tidak akan makan dan membiarkan diri mereka mati kelaparan.

Oleh sebab koala mempunyai daya pemahaman yang sangat rendah, haiwan ini juga tidak mempunyai daya berfikir untuk mempertahankan diri sekiranya diserang oleh haiwan-haiwan pemangsa.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca