Cleopatra akui dia kecewa dengan keputusan Datin Vivy Sofinas Yusof untuk menyaman seorang peniaga kecil-kecilan atas dakwaan memfitnahnya.
Cleopatra berkata bahawa tindakan kebudak-budakan itu telah menghapuskan rasa hormatnya terhadap pengasas bersama FashionValet tersebut.
Cleopatra berkata menerusi bebenang di laman Twitter, “Vivy, saya menghormati kamu sebelum ini tetapi tidak lagi setelah saya membaca ciapan ini. Sepanjang kehidupan saya, saya sudah banyak kali difitnah.

Saya dan dua anak kecil saya juga banyak kali diserang daripada pelbagai sudut. Kalau saya buka satu kes saman, saya sudah boleh dapat berjuta-juta ringgit.
Walaupun begitu, pernahkah kamu melihat saya hantar surat peguam? Kamu cuma fikir reputasi kamu sahaja tetapi macam mana pula dengan gadis ini yang bersusah-payah mencari wang untuk meneruskan kehidupan?”
You think about your reputation, what about this girl struggling to make some money for herself to live?
— πΈππππ πΆπππΆ π²πΎ (@lxcleopatraxl) May 6, 2020
Women should support each other not tear each other down. These girls are the reason why you are where you at now.
Tambahnya, Vivy sepatutnya menunjukkan sokongan kepada usahawan wanita untuk lebih berjaya dan bukan sebaliknya.
“Wanita sepatutnya menyokong satu sama lain dan bukannya menjatuhkan sesama sendiri. Kamu mengecapi kejayaan pada hari ini kerana gadis seperti dia.
Tindakan kebudak-budakan seperti ini hanya akan menjatuhkan reputasi kamu pada masa akan datang. Pada pendapat saya, masa terbaik untuk kamu saman adalah apabila kamu terpaksa menjual semula salah satu beg Chanel tersebut,” tambahnya.
Your childish act will kill your reputation worst than how you think this girl affected yours.
— πΈππππ πΆπππΆ π²πΎ (@lxcleopatraxl) May 6, 2020
I suggest you the best time for you to sue is when one of your Chanel bag is at risk that you have to sell it.
Bagi yang masih keliru, seorang gadis yang dikenali sebagai Syaza tampil mendedahkan salah satu rekaan daripada sampul raya yang dijual olehnya telah dicuri oleh Vivy untuk dijadikan corak tudung usahawan terbabit.
Walau bagaimanapun, pendedahan yang dibuat itu ternyata memakan dirinya sendiri apabila menerima surat saman fitnah daripada peguam Vivy.
(2/3) pic.twitter.com/jniyIYAIHP
— syaza (@syazayunos) May 5, 2020
Thank you for all your doas. I hope you all can help me pray for the best π pic.twitter.com/jueYkPxdP7
— syaza (@syazayunos) May 6, 2020
Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet meluahkan sokongan kepada ciapan Cleopatra:
for the very 1st time im do agree with Cleo. Women should stand for women not against each other back.
— A M A L I N A Z A I N (@MsAmalinaMZain) May 7, 2020
Cleo 4 president!
— DJ (@mohddanieljamal) May 6, 2020
vivy is https://t.co/Moqj5XN3X4
— Intanawinizlan (@Intanawinizlan1) May 7, 2020
help her please to win this case!!! she deserve it πππππ a person like vivy doesnt deserve anything of it. protect that girl at all cost! β€οΈβ€οΈ
— π§π»ββοΈ (@rosdiyanafitri) May 6, 2020
Sebagai peringatan, rakyat Malaysia diminta untuk mematuhi perintah kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan kerana kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.
Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan Vivy Yusof dan Cleopatra, anda boleh klik pada pautan di bawah: