Cleopatra Dikecam Warganet Kerana Ambil Gambar Jet Peribadi Di Google

Selepas digemparkan dengan khabar angin sebagai pembantu kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq, wanita yang dikenali sebagai Cleopatra sekali lagi menjadi bahan senda warganet ekoran posting terbaharunya di media sosial.

https://twitter.com/lxcleopatraxl/status/1209308931056472064

Gambar jet peribadi yang dimuat naik oleh Cleopatra ternyata foto yang diambil menerusi carian Google.

Perkongsian ini secara tidak langsung meraih lebih daripada 2,000 jumlah ulang kicau dalam masa beberapa jam setelah ia dimuat naik.

Ia semestinya membuatkan tuan empunya terpanggil, katanya kapal itu boarding bulan Januari nanti.

Tambahan pula, dek kerana namanya mula dikenali menerusi khabar angin pembantu Syed Saddiq, ramai warganet memerli sama ada kapal peribadi itu telah ditaja. Jadi Cleopatra tampil buka mulut mengenai dakwaan warganet.

Katanya, rakyat Malaysia hanya tahu menyalahkan kerajaan dan tahu merungut kalau tidak mampu memiliki sesuatu.

Berikutan dengan kelantangannya, ramai warganet melabelkan wanita ini sebenarnya ‘naik angin’ kerana guna gambar Google.

Untuk baca artikel yang berkaitan Cleopatra, sila klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca