‘Claim’ Air Bungkus Ikat Tepi Dari Amerika Latin, Wartawan US Kena ‘Sekolah’ Dengan Warganet Asia

Penduduk Asia termasuklah negara Malaysia mesti pernah melihat air bungkus yang diikat tepi kerana mudah dibawa dan didapati di mana-mana sahaja.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang warganet bernama Mike Elgan memuat naik sekeping gambar air bungkus ikat tepi yang sememangnya terkenal dalam kalangan orang Asia.

Namun, wartawan dari Amerika Syarikat ini mendakwa bahawa bungkusan air ini merupakan pertama kali dilihat olehnya sewaktu berada di Amerika Latin.

Sehubungan dengan itu, dia terus memuat naik sebuah posting di akaun Twitternya dengan berkata, “Salah satu perkara menarik tentang sesetengah negara di Amerika Latin ialah kamu boleh membeli minuman dalam beg plastik.”

Sudah tentu, dia berasa begitu teruja sejurus pertama kali melihat minuman yang dijual menggunakan bungkusan plastik.

Perkongsian itu telah mendapat respons daripada warganet yang mengatakan bahawa minuman tersebut sudah lama didapati di negara-negara Asia khususnya Asia Tenggara.

Meskipun dikenali sebagai air bungkus ikat tepi di Malaysia, ia turut digelar dengan pelbagai nama yang berbeza.

Bungkusan air ini dikenali sebagai ‘Bag Juice’ ataupun sky juice di Jamaica.

Selain itu, ianya turut dikenali sebagai Azongoli di Ghana.

Seterusnya, penduduk di Filipina pula mengenalinya dengan nama ‘palamig’.

Menerusi pelbagai komentar yang ditinggalkan di bawah tweet berkenaan, air bungkus ikat tepi ini merupakan satu perkara yang biasa didapati di Malaysia.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca