KONGSIKAN

Bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan, aplikasi Grab semestinya merupakan pilihan anda sekiranya ingin kemana-mana. Namun tahukan anda bahawa Grab telah menaik taraf ciri-ciri pada aplikasi tersebut? Jika anda nak tahu apakah ciri-ciri tersebut, jom baca dengan lebih lanjut!

 

  • Insurans kemalangan peribadi

Foto: Lobak Merah

 

Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa perjalanan anda bersama Grab sentiasa dilindungi dengan Insuran Kemalangan Diri daripada perkhidmatan e-hailing ini. Apa yang menariknya, ia adalah percuma. Jadi sekiranya ada apa-apa berlaku sepanjang perjalanan tersebut, anda boleh membuat tuntutan insurans dengan menghantarkan borang anda ke Help Centre Grab yang boleh didapati pada aplikasi berkenaan.

 

  • Nombor telefon anda dilindungi

 

Foto: Google

 

Nak hubungi pemandu Grab tapi takut pemandu tahu nombor telefon anda? Jangan risau! Grab kini ada ciri baru yang membolehkan anda menelefon pemandu melalui aplikasi tanpa memaparkan nombor peribadi anda untuk melindungi privasi.

 

  • Butang kecemasan dinaik taraf

 

Foto: Lobak Merah

 

Sekiranya ada sebarang kecemasan terjadi sewaktu anda menaiki Grab, cepat-cepat buka app Grab dan tekan butang ‘Emergency’ yang akan terus dail 999 ke telefon anda. Selain daripada menghubungi polis, anda juga boleh menambah hingga 3 nombor kecemasan yang akan memaklumkan lokasi LIVE anda. Ciri ini banyak membantu sebab masa tengah panik kadang-kadang kita pun tak tahu apa yang kita kena buat.

Dengan Grab, semuanya lebih mudah!

 

Sumber: Lobak Merah