Pengenalan ciri-ciri baharu aplikasi MySejahtera bagi memudahkan penggunanya memaparkan status kesihatan mereka akan ditambah baik.
Proses penambahbaikan bagi memudahkan orang ramai memaparkan status vaksinasi dan tahap risiko masing-masing telah dimulakan pada semalam oleh pasukan yang dipertanggungjawabkan menerusi satu hantaran Twitter Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

“Kami akan menambah baik dan mengemas kini aplikasi tersebut dalam minggu-minggu berikutnya, agar memudahkan orang ramai memandangkan COVID-19 telah menjadi sebahagian dalam kehidupan.”
“Butang daftar keluar yang ditambah bagi menambah baik proses pengesanan kontak merupakan ciri terbaharu dalam aplikasi MySejahtera,” ujar Khairy.
“Perlu ingat sentiasa daftar keluar sebaik sahaja meninggalkan suatu tempat dengan hanya menekan satu butang kerana imbasan tidak diperlukan,” tambahnya lagi.
Kerajaan membangunkan aplikasi MySejahtera untuk menangani dan mengurus kawalan wabak COVID-19 di negara ini.
The @my_sejahtera team will push a new build tonight making it easier for people to display their risk level and vaccination status – this will ease living with Covid, together.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) September 2, 2021
Will further update and improve the app over the coming weeks. pic.twitter.com/HlClvaA6dQ
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: