Kini Rakan Sekerja, Lelaki Ini Cipta Semula Gambar Yang Diambil Bersama Pramugari Tersebut Pada 2004

Lelaki itu baru sahaja berusia lima tahun apabila dia menaiki penerbangan pertamanya pada tahun 2004. Xu Yang Feng menikmati penerbangan berkenaan dan tidak lupa untuk bergambar bersama seorang pramugari sebagai kenangan penerbangan pertamanya.

Menurut pramugari berkenaan yang mahu dikenali sebagai Fang, gambar yang mereka ambil bersama masih segar dalam ingatannya walaupun 15 tahun sudah berlalu kerana Yang Feng merupakan seorang kanak-kanak yang sangat comel dan tembam.

Sumber: Beijing Youth Daily

Beijing Youth Paper Daily melaporkan, Yang Feng yang kini berusia 20 tahun merupakan pelajar tahun ketiga dalam jurusan kru penerbangan di Akademi Penerbangan Awam China dan kini menjalani latihan praktikal di China Eastern Airlines semenjak dari bulan Oktober lalu.

Namun, lelaki terbabit tidak sangka bahawa dia akan bertemu lagi dengan pramugari yang pernah bergambar dengannya semasa dia masih kecil di tempat kerja baharunya itu.

Syarikat penerbangan tersebut menjadikan Yang Feng di bawah seliaan Fang selepas mendapat tahu tentang kebetulan berkenaan. Semenjak dari kejadian itu, mereka pun membuat keputusan untuk mencipta semula gambar berkenaan.

Sumber: Beijing Youth Daily

Mereka kini merupakan rakan sekerja dan ini merupakan foto mereka. Fang menerusi laporan media tempatan berkata, “Walaupun model kapal terbang itu berbeza dan kedudukan tempat duduk juga berubah, tetapi perasaan saya tidak pernah berubah.”

Sumber: Beijing Youth Daily

Kami berharap yang Yang Feng akan berjaya dalam kerjayanya dan Fang merupakan guru terbaik untuk membantu dia merealisasikan impiannya untuk menjadi seorang pramugara.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca