Cipta Sejarah Di Tokyo, Mechamato Berjaya Rangkul Anugerah ‘Anime Fan Award’

Pertama kali dimenangi oleh animasi dari luar Jepun, Mechamato melakar sejarah tersendiri apabila membawa pulang Anime Fan Award di Anugerah Festival Anime Tokyo 2023.

Dengan menerima sebanyak 40,590 undian daripada para peminat dari dalam dan luar Jepun, siri animasi terbitan Animonsta Studios ini berjaya menewaskan animasi-animasi hebat lain seperti Tiger & Bunny 2 dan Dragon Ball Super: Super Hero.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Pengarah Urusan Animonsta Studios yang juga merupakan pengasas siri Mechamato iaitu Nizam Abd Razak mengucapkan terima kasih kepada para peminat atas undian dan sokongan yang diberikan.

Sumber: Fandom

“Mechamato berjaya mendapat #1 kategori Anime Fans Award di Tokyo Anime Award Festival 2023! Terima kasih semua atas undian dan sokongan!” tulisnya.

Selain itu, Nizam turut berkata Mechamato merupakan animasi pertama dari luar Jepun pertama yang berjaya memenangi kategori itu di Anugerah Festival Anime Tokyo sejak ia dipertandingkan pada tahun 2014.

“Mechamato merupakan animasi luar Jepun yang pertama memenangi kategori ini di Tokyo Anime Award Festival!“ tambahnya.

Sumber: Facebook Nizam Abd Razak

Harian Metro melaporkan Mechamato layak dipertandingkan dalam anugerah itu kerana siri animasi berkenaan pernah ditayangkan di Cartoon Network Jepun pada Mac tahun lalu. 

Populariti siri animasi itu di sana turut melonjak naik selepas ia ditayangkan di platform penstriman Netflix Jepun pada Oktober lalu.

Anime Fan Award adalah sebuah kategori dibuka untuk membolehkan peminat mengundi animasi kegemaran mereka setiap hari selama lebih 25 hari.

Sumber: New Straits Times

Buat anda yang masih belum menonton filem animasi ini, Mechamato Movie mengikuti kisah bapa kepada watak animasi terkenal BoBoiBoy iaitu Amato.

Memetik laporan Iluminasi, Amato bertemu MechaBot secara tidak sengaja apabila sebuah kapal angkasa terhempas di bumi.

MechaBot ialah sebuah robot yang mampu mechanize objek lain.

Amato kemudiannya menjadi tuan baharu MechaBot yang membolehkan dia menggunakan kuasa unik robot itu untuk menukar objek seharian menjadi alat berteknologi tinggi.

Sumber: Twitter @nizamabdrazak

Konflik mula timbul apabila makhluk asing jahat yang dikenali sebagai Grakakus mahu merampas MechaBot daripada Amato. Apa berlaku seterusnya?

Anda boleh tonton trailer Mechamato Movie di bawah.

Kami di Lejen Digital juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Mechamato dan pihak Animonsta Studios untuk kejayaan ini!

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca