Cipta Sejarah Di Anugerah Grammy, BTS Terima 3 Pencalonan Dalam Setahun

Kumpulan K-Pop terkenal iaitu BTS mencipta sejarah dengan menerima tiga pencalonan dalam setahun di Anugerah Grammy 2023 yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

Selain daripada tercalon dalam kategori Persembahan Duo/Kumpulan Pop Terbaik untuk lagu kolaborasi bersama Coldplay iaitu My Universe, BTS turut berjaya menerima pencalonan untuk Anugerah Grammy 2023 dalam kategori Muzik Video Terbaik bagi lagu Yet to Come dan Album of the Year.

Soompi melaporkan BTS menerima pencalonan dalam kategori Persembahan Duo/Kumpulan Pop Terbaik selama tiga tahun berturut-turut dengan lagu kolaborasi mereka bersama kumpulan Coldplay.

BTS telah menerima pencalonan dalam kategori sama pada tahun 2021 dengan Dynamite dan dicalonkan untuk lagu Butter pada tahun 2022.

Sumber: Soompi

Untuk pengetahuan anda, Yet to Come merupakan lagu bahasa Korea pertama daripada BTS yang pernah menerima pencalonan di Anugerah Grammy.

Ia merupakan kali pertama kumpulan lelaki terkenal itu menerima lebih daripada satu pencalonan di majlis anugerah berkenaan dalam satu-satu tahun.

Tahniah diucapkan kepada BTS kerana berjaya menerima lebih daripada satu pencalonan dalam Anugerah Grammy. Anda boleh tonton video penuh Yet to Come di sini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca