Map of The Soul: 7 merupakan album studio Korea keempat yang dikeluarkan oleh kumpulan K-pop terkemuka BTS di bawah naungan syarikat Bighit Entertainment. Album ini telah diterbitkan pada 21 Februari 2020.
Album tersebut mempunyai 20 buah senarai lagu secara keseluruhan, di mana ia merangkumi 15 lagu terbaharu dan lima lagu yang pernah tampil di dalam album Map Of The Soul: Persona.
Kurang dari seminggu sejak penjualan album terbaharu kumpulan tersebut, ia telah berjaya memecah rekod jualan mingguan tertinggi pada hari pertama.
Lebih menakjubkan lagi, album Map of the Soul: 7 tersebut berjaya memecah rekod hanya dalam masa beberapa jam sahaja selepas diterbitkan dengan 3.37 juta jualan pada minggu pertama. Diikuti dengan, album Map Of The Soul: Persona dengan 2.13 juta jualan.
HIGHEST 1ST WEEK SALES ON HANTEO
— HANTEO SALES (@hanteosales_twt) February 27, 2020
1. #BTS <MAP OF THE SOUL: 7> 3,378,633 copies ๐ pic.twitter.com/th2p1AWFpR
Terkini, dikatakan penjualan album itu telah pun mencecah lebih dari 3.37 juta jualan di Korea Selatan melalui satu ciapan yang dikongsi oleh media di sana.
Kmedia reports that @BTS_twtโs fourth studio album surpassed 3.37 million sales, a new record. From 2/21-27, a total of 3,378,633 albums were sold, breaking their own record. They sold more than 1.24m copies than MOTS:Persona, which sold 2,130,480 copies in its first week. #BTS https://t.co/Xj4iIDkiDk
— boraโท (@modooborahae) February 28, 2020
[๊ธฐ์ฌ] #๋ฐฉํ์๋ ๋จ, ์ ์จ๋ฒ ์ผ์ฃผ์ผ ํ๋งค๋ 337๋ง์ฅ ๋ํโฆ์์ฒด ์ ๊ธฐ๋กhttps://t.co/JoMvO2CbPR
— BigHit Entertainment (@BigHitEnt) February 28, 2020
Penjualan tertinggi ini dianggap sebagai satu rekod sejarah yang baharu di Korea Selatan. Malah, muzik video terbaharu yang berjudul ON dari kumpulan yang pernah melakukan persembahan di anugerah Grammys bersama dengan Lil Nas X ini baru sahaja dikeluarkan semalam pada 27 Februari, pukul 11 malam dan kini telah mencecah sebanyak 31 juta tontonan.
Untuk membaca artikel lain berkenaan BTS, anda boleh klik pada pautan di bawah: