Laman sosial semalam mula kecoh apabila tular berita mengenai sistem sekuriti CIMB Clicks dimana para pengguna berpeluang memasuki ke akaun perbankan atas talian mereka meskipun menggunakan kata laluan yang kurang tepat.
Masalah yang terjadi ini sekaligus telah menimbulkan kerisauan sekaligus membuatkan orang ramai risau sekiranya terdedah kepada masalah melibatkan pemindahan wang tanpa sedar oleh pihak ketiga. Lebih membimbangkan terdapat segolongan pengguna CIMB Clicks yang kehilangan wang menerusi masalah sekuriti perbankan ini.
Oleh itu pada jam 5 pagi pihak CIMB telah menggalakkan pengguna untuk mengubah kata laluan bagi mengelakkan daripada masalah sekuriti yang berlaku.
Berikutan masalah yang timbul CIMB Clicks telah meperkenalkan ‘ReCaptcha’ sebagai inisiatif terbaru laman perbankan ini untuk menambah sekuriti buat para pengguna.
Melalui satu kenyataan rasmi terbaru dari CIMB, mereka telah mengeluarkan sebuah notis bagi menyatakan pihak perbankan atas talian mereka masih lagi selamat dan bebas daripada sebarang ancaman setakat ini. Berita ini sedikit sebanyak pastinya memberi kelegaan khususnya buat mereka yang mempunyai sejumlah wang yang banyak di dalam bank tersebut.