Cik Epal Umum Pengguna Twitter ‘Bertuah’ Ini Akan Disaman

Instafamous Cik Epal dan suami dedahkan tiga nama pengguna twitter yang bakal disaman.

Khamis lepas, Cik Epal membuat siaran langsung di laman Instagram pada pukul 9:30 malam untuk mendedahkan mak cik dan pakcik bawang yang akan diheret ke mahkahmah.

Pengumuman itu dibuat oleh peguam mereka, Abdul Hakeem Aiman dan mendapat tontonan hampir 12,000 orang.

Dari tiga nama yang disebutkan, satu daripada nama yang disebut menarik perhatian orang ramai. Individu yang disebutkan itu dipanggil PU Nabil. Namun, gelaran PU tersebut bukanlah berkaitan dengan program realiti bertajuk, Pencetus Ummah.

Tindakan saman ini dibuat berikutan komen berbaur fitnah yang ditinggalkan oleh tiga individu terbabit terhadap isu stroller berharga RM 3,000 yang dibeli oleh suaminya akibat tertinggal stroller yang sedia ada di rumah dan tidak mahu membuang masa berpatah balik mengambil stroller terbabit.

Di laman Twitter, ramai juga yang menyokong tindakan tiga pengguna twitter itu dikenakan saman dan ada juga yang membuat solidariti untuk mereka.

Sebabkan mulut puaka, badanlah binasa. Penulis mengharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik antara kedua-dua belah pihak.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca