Baru-baru ini tular video yang menunjukkan rakaman kelibat pocong oleh seorang anggota polis yang menjaga di sekatan jalan raya (SJR).
Seperti kita tahu, sejak tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0), anggota polis dan tentera dikehendaki berhidmat siang dan malam.
Malah, mereka harus sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan bekerja keras untuk memastikan rakyat kita sentiasa mematuhi peraturan.
Bagi yang bertugas di malam hari, bukan saja kena peka, malah hati pun kena kental. Lagi-lagi jika kawasan yang dijaga itu kawasan hutan.
Situasi seperti ini telah dilalui oleh individu yang dipercayai seorang anggota polis SJR yang ternampak kelibat misteri semasa bertugas.
Melalui video yang dikongsi oleh pengguna TikTok (@zarulshahfiqrie), dilihat anggota polis itu pada mulanya menyuluh lampu ke arah pokok pisang.
Beliau kemudian semakin menghampiri pokok pisang tersebut, dan terus menyuluh kepada kelibat misteri di belakang pokok pisang.
Beberapa saat kemudian, kelibat yang dipercayai pocong itu menggoyangkan badan dan ia kelihatan seperti sedang melakukan head banging.

Meremang bulu roma apabila melihat rakaman tersebut ketika polis ini semakin menghampiri lokasi kelibat berkenaan untuk melihatnya dengan lebih jelas.
Walau bagaimanapun, kelibat tersebut tiba-tiba hilang dan anggota polis ini cuba meninjau keadaan sekeliling untuk mencarinya.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata warganet memuji keberanian anggota polis SJR yang menghampiri lokasi mahluk halus tersebut.
Selain itu, rakaman berdurasi satu minit 11 saat itu telah menerima pelbagai reaksi dari warganet.
Ada yang berasa seram, ada yang merasakan ianya lucu kerana pocong itu menggeleng-geleng kepala dan badannya.



Tonton video penuh penampakan pocong ini di bawah:
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: