Ciapan Terakhir Daripada Dr. Dzulkefly Sebagai Menteri Kesihatan Malaysia

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan keputusan Tun Dr. Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Sehubungan dengan itu, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad telah memuat naik dalam ciapan terbaharu di akaun Twitternya dengan berita gembira tentang perkembangan dua pesakit COVID-19 yang berjaya pulih sepenuhnya.

Beliau turut memberitahu ciapan ini adalah ciapan terakhir beliau sebagai Menteri Kesihatan Malaysia.

Ciapan tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang menghargai perjuangan beliau dalam menangani masalah wabak COVID-19 di Malaysia ini.

Untuk membaca artikel lain berkaitan politik Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca