Ciapan Sekadar Ingatan Untuk Rakyat, Ini Penjelasan Dr. Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memberi penjelasan dalam sidang media COVID-19 pada 1 Oktober tentang ciapan beliau baru-baru ini berkaitan dengan saranan duduk di rumah.

Beliau menjelaskan bahawa ciapan berkenaan adalah sekadar ingatan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk berada di rumah sekiranya tidak mempunyai urusan penting dalam situasi COVID-19 ketika ini.

Memetik laporan Harian Metro, Dr. Noor Hisham berkata, “Ia bukan perkara baharu ketika saya memuat naik ciapan berkenaan. Saya nasihatkan sekali lagi kepada rakyat Malaysia yang tidak mempunyai urusan penting untuk duduk di rumah.

Sekiranya mahu keluar dari rumah kerana mempunyai urusan penting, anda dinasihati untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Itu tujuan utama saya tweet iaitu hanya mengingatkan rakyat Malaysia untuk duduk di rumah sekiranya tidak mempunyai urusan penting.”

Bagi yang masih keliru, Dr. Noor Hisham kemudiannya membalas dengan satu ciapan penuh misteri ketika menerima cadangan pihak berkuasa perlu melaksanakan kembali sekatan dalam negeri, “Apa kata kita semua kembali berada di rumah buat sementara waktu sekali lagi?” 

Perbincangan ini berlaku apabila sebuah laporan media memetik kenyataan Dr. Noor Hisham yang berkata individu yang baru pulang dari Sabah tidak perlu menjalani kuarantin kendiri sekiranya disahkan negatif COVID-19 dan tidak menunjukkan sebarang gejala.

Walau bagaimanapun, individu yang pulang dari luar negara perlu menjalani kuarantin kendiri walaupun disahkan negatif dan tidak menunjukkan apa-apa simptom.

Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet berang dengan perbezaan kuarantin individu pulang dari luar negara dan dalam negara:

Apa pendapat anda tentang ciapan Dr. Noor Hisham?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah: 

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca