Chucky Versi 2019 Bukan Lagi Anak Patung

Child’s Play atau lebih dikenali sebagai Chucky merupakan filem seram yang menjadi igauan pada tahun 1980-an. Disebabkan Chucky inilah ramai yang takut dengan anak patung.

Dengar cerita filem Child’s Play yang baharu bakal ditayangkan di pawagam bulan Jun tahun ini. Filem baharu ini merupakan remake filem asal tahun 1988. Diarahkan oleh Lars Klevberg dan lakon layar oleh Tyler Burton Smith. Filem dihasilkan oleh produksi David Katzenberg serta Seth Grahame-Smith, yang sebelum ini pernah menjayakan filem It.

Berdasarkan trailer rasmi pertama untuk filem ini, Chucky nampaknya sedikit berbeza daripada Chucky versi yang asal. Kemungkinan besar, Chucky versi 2019 merupakan sebuah robot dengan Artificial Intelligence (AI) dan bukan patung yang ‘dirasuk’ seperti filem Child’s Play sebelum ini. Dalam filem baharu ini nama Chucky juga telah ditukar menjadi Buddi atau mungkin juga Chucky dan Buddi memang ada dalam filem ni sebagai kawan.

Cerita ini mengisahkan Karen, menghadiahkan sebuah patung Buddi (Chucky) kepada anak lelakinya, Andy tanpa menyedari hakikat sebenar di sebalik patung tersebut. Apa yang akan berlaku seterusnya? Saksikan trailer rasmi filem ini.

Filem remake Child’s Play akan ditayangkan di Amerika Syarikat pada 21 Jun ini. Untuk tayangan di negara-negara luar, masih belum ada informasi lanjut mengenainya.

Kalau dapat hadiah anak patung Chucky anda rasa berani tak untuk simpan?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca