China Pasang Aplikasi Mengintip Di Dalam Peranti Pelancong

Aplikasi mengintip yang dinamakan 蜂采 (Fēng cǎi) dipasang di dalam peranti pelancong dari Kyrgystan yang melawat ke kawasan Xinjiang.

Pelancong perlu menyerahkan peranti mereka kepada pihak berkuasa sebelum melepasi sempadan untuk diperiksa. Mereka juga meminta nombor pin keselamatan peranti pelancong dan akan memulangkannya semula selepas sejam menunggu.

Aplikasi ini boleh membaca maklumat seperti senarai buku, alamat, teks dan emel di dalam peranti tersebut. Ia juga mungkin digunakan untuk membuat pemantauan terhadap aktiviti pelawat. Pihak berkuasa juga turut memantau segala aktiviti masyarakat Muslim di Xinjiang atas alasan ingin menentang keganasan.

Aplikasi ini hanya ditemui dipasang di dalam peranti Android sahaja. Peranti iPhone juga tidak terkecuali kerana pihak berkuasa juga akan mengambilnya untuk memeriksa sebelum dibawa menyeberang ke sempadan.

Alat yang dinamakan UFED Premium keluaran syarikat Cellebrite ini boleh memintas sistem sekuriti bagi membaca kandungan di dalam peranti sehingga iOS 12.3.

Para pelancong berkata bahawa mereka tidak diberi amaran terlebih dahulu oleh pihak berkuasa atau memberitahu mengenai apa yang sedang dicari oleh mereka di dalam peranti tersebut serta maklumat yang diambil.

Beijing membangkang media antarabangsa di mana ia dikatakan menganiaya umat Islam di Xinjiang kerana pegangan agama mereka. Laporan mendapati masjid dan tanah perkuburan Islam telah dimusnahkan serta nama Islam turut diharamkan di negara itu. Malah, terdapat kem tahanan yang memaksa mereka memakan daging khinzir serta meneguk minuman keras.

Artikel Lain Untuk Di Baca