China Haramkan Pempengaruh Tayang Harta Dan Kemewahan Di Media Sosial

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan

Kerajaan China telah mengharamkan selebriti dan pempengaruh (influencer) di negara berkenaan untuk mempamerkan kekayaan mereka atau sebarang bentuk keseronokan yang melampau di media sosial.

Tindakan itu dipercayai merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan China untuk merombak industri hiburan di negara itu dan juga menyederhanakan kandungan yang boleh menyebabkan gangguan sosial.

Memetik laporan Business Insider, badan pentadbiran Ruang Siber China mengumumkan pada Selasa lalu (23 November) bahawa akaun media sosial selebriti dan kelab peminat perlu mengikut peraturan dan mempromosikan nilai teras sosial serta gaya hidup yang sihat.

Presiden China Xi Jinping. Sumber: The Vocket

Dalam pada itu, kerajaan China turut melarang golongan selebriti dan pempengaruh daripada menyebarkan khabar angin palsu, menerbitkan maklumat palsu atau peribadi, melakukan provokasi terhadap kumpulan peminat agar menyerang secara lisan antara satu sama lain dan menggalakkan peminat untuk mengambil bahagian dalam pengumpulan dana haram ataupun pelaburan yang tidak rasional.

Untuk kuat kuasa peraturan baharu ini, semua rangkaian sosial China akan memantau dan melaporkan sebarang aktiviti tidak sah di sisi undang-undang dan jenayah melibatkan golongan selebriti kepada pihak berkuasa.

Pada pendapat anda, adakah peraturan baharu kerajaan China ini merupakan satu tindakan yang tepat atau sebaliknya?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca