Chef Ini Menukarkan Makanan Menjadi Hasil Seni Indah

Pernahkah anda membayangkan makanan yang terhidang di atas meja mempunyai ukiran seni hebat? Tambahan lagi dengan rekaan mustahil dilakukan oleh manusia biasa. Begitulah kemahiran istimewa seorang chef dari Jepun.

Sumber: Instagram Takehiro

Takehiro Kishimoto adalah seorang chef yang cukup dikenali dengan kepakaran menghasilkan ukiran makanan. Instagram miliknya sentiasa mempamerkan beberapa hasil seni. Beliau sentiasa tidak jemu berkongsikan karya-karyanya.

Takehiro Kishimoto adalah seorang chef yang mempunyai kemahiran mukimono, satu gaya seni ukir makanan dari Jepun. Bagaimanapun pada masa sekarang, beliau begitu tertarik terhadap teknik negara Thailand yang menggunakan buah dan sayuran.

Sumber: Instagram Takehiro

Perbezaan diantara teknik ukiran Jepun dan Thailand adalah terletak pada pisau pengukir. Takehiro lebih berminat menggunakan Thai yang lebih tajam berbanding mukimono. Gaya seni negara gajah putih ini berkaitan dengan kerabat diraja Thai dan semakin kurang digunakan oleh pihak restoran.

Beliau mula mencipta akaun Instagram yang mempamerkan hasil karyanya pada tahun 2016. Sehingga kini, akaun tersebut sudah mempunyai pengikut sebanyak 286,000.

Sumber: Instagram Takehiro

Di posting terbaru Takehiro cuba menukarkan labu kepada rantai besi. Beberapa hasil karya beliau yang lain boleh dilihat melalui akaun rasmi Instagram @gakugakugakugakugaku1. Mampu ke anda membuat seni seperti ini?

Untuk membaca artikel lain berkaitan dengan buah dan sayuran, sila klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca