Baru-baru ini telah tular di media sosial seorang tiktoker berkongsi kisah apabila melawat ke sebuah tempat kitar semula yang terkenal di Petaling Jaya.
@yarafaee just another long video from Tun Laila…but i promise this one ada faedah!! 😂 JOIN ME IN THIS LAWATAN SAMBIL BELAJAR ♻️ #terpaling3R #gogreen #draft
♬ original sound – tun. – tun.
TikToker, Tun Laila Tun Rafee, 25 merakam video memperkenalkan pusat kitar semula iaitu PJ ECO Recycling Plaza. Video berkenaan telah mencapai 600 ribu tontonan di laman Tiktok.
Selain itu, video tersebut turut meraih lebih 800 komen setakat ini. Antaranya adalah komen-komen yang tertarik dengan kata-kata Tun Lalila dalam video tersebut.

“Korang cuba check ex korang ada tak kat sini?”
Komen ini mencapai lebih 1000 tanda suka. Sebenarnya, komen ini daripada kata-kata Tun Laila apabila berada di sudut galeri tong sampah yang dihiasi dengan pelbagai jenis tong sampah di tempat itu.
Menerusi video tersebut, Tun Laila yang juga merupakan seorang chambering memberitahu dia datang ke Petaling Jaya untuk menyelesaikan hal berkaitan dengan kes mahkamah dan mengambil keputusan untuk singgah ke PJ ECO Recycling Plaza.
Sepanjang Tun Laila di sana, beliau berkongsikan kisahnya. Perkara yang menarik di tempat kitar semula itu ialah terdapat pelbagai bahan terbuang yang telah dihasilkan menjadi bahan terpakai yang sangat menarik.
@pjkita_ Replying to @yarafaee Selain daripada dapat belajar tentang kitar semula, anda juga boleh membeli sambil beramal. Tempat ini juga memang mesra kanak-kanak. 😍 📍 PJ Eco Recycling Plaza #pjcommunity #recycle #pjecorecyclingplaza #infoPJ #PJ #PJKita #PJLOVEU #Peopleofpj #petalingjaya #PJSSR2030
♬ Old-fashioned Clapboard – DJ BAI
“Aku tak boleh brain, air kotak boleh jadi dinding.”
Kata Tun Laila apabila terkejut melihat kotak minuman diproses menjadi dinding keras serta rak dan bangku tempat menunggu. Banyak bahan yang telah dihasilkan daripada air kotak minuman apabila dikitar semula.
“Sesiapa yang ada minyak masak lebih jangan buang guys, hantar ke sini boleh jadi lilin.”
Ujarnya apabila menunjukkan hasil lilin berwarna-warni diperbuat daripada minyak terbuang dan sabun yang dipamerkan pada satu ruang khas.

Penghasilan replika hiasan daripada bahan kitar semula turut menarik perhatian pengunjung. Salah satunya ialah penutup botol terbuang menjadi sebuah mural di luar bangunan PJ Eco Recycling Plaza ini, hasil daripada proses mengecat dan menampal.

Antara bahan terbuang lain yang turut digunakan adalah seperti penutup tin, straw, plastik dan kulit telur. Walaupun barang-barang tersebut adalah bahan terpakai dan terbuang, namun hasil inovasi ini mampu memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai lambakan sampah yang boleh dikitar semula.
Tiktoker itu turut dibimbing mengenai cara untuk menghantar bahan terbuang plastik, kertas, kaca, aluminium, e-waste, styrofoam dan lain-lain dengan mengasingkan barangan tersebut mengikut kotak yang disediakan.
Apa yang lagi menarik pusat ini terdapat Reverse Vending Machine iaitu sebuah mesin pengimbas kod bar bahan kitar semula. Mesin ini menerima barang bekas kotak minuman, tin aluminium dan botol plastik.
Apabila mengimbas kod bar bahan tersebut dan memasukkan ke dalam Reverse Vending Machine, anda akan mendapat kupon untuk menebus barang yang sudah dikitar semula.
Inisiatif ini dapat menarik pengunjung untuk mengumpul bahan kitar semula dan bawa ke PJ Eco Recycling Plaza yang menerima pelbagai barangan kitar semula setiap hari.

Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana pusat kitar semula itu mendapat keuntungan daripada PJ ECO Recycling Plaza ini, jawapannya ialah daripada hasil jualan. Selain bahan kitar semula yang diterima, PJ ECO Recycling Plaza juga menerima pakaian terpakai.
Pakaian yang diterima daripada pengunjung akan dicuci bersih dan sebahagian pakaian yang masih elok dan boleh dipakai akan dijual dengan harga yang murah. Hasil jualan itu akan diletakkan dalam tabung Amanah dan akan digunakan untuk program 3R.

Bukan sahaja pakaian tetapi buku-buku yang masih elok dan tidak koyak seperti novel juga akan dijual sebagai pre-loved dengan harga yang sangat rendah.
“Siapa yang nak bawa anak-anak ke library, dah bosan. Sebab sini pun dia ada macam mini library dan sini banyak game.”
Tun Laila menjelaskan lagi bahawa PJ ECO Recycling Plaza bukan sekadar tempat kitar semula, sebaliknya tempat ini sesuai semua peringkat umur untuk belajar berkaitan kitar semula.
Bangunan plaza itu mempunyai sudut pameran atau galeri 3R, bengkel upcycling, ruang aktiviti kanak-kanak dan komuniti, studio tayangan video serta bilik kemudahan seminar.
Bagaimana pusat kitar semula juga sesuai untuk kanak-kanak?
Mereka dapat menghayati dan memahami melalui gambar-gambar yang tertampal di satu sudut khas untuk kanak-kanak. Keadaan itu juga merupakan proses pembelajaran di luar bilik darjah.
Oleh demikian, ruangan ini sangat menarik kerana terdapat pameran, replika dan permainan. Kesemua kemudahan ini dapat memudahkan kanak-kanak belajar mengenai kitar semula dan tidak bosan.

Tun Laila juga menggalakkan orang ramai untuk datang ke pusat kitar semula itu dan mengalami sendiri pengalaman serta suasana tempat tersebut.
Bukan hanya drop off barang dan terus balik, orang ramai juga boleh masuk ke dalam dan melihat sendiri pameran yang ada di situ.
Untuk pengetahuan, PJ ECO Recycling Plaza yang telah diasaskan sejak tahun 2019 ini telah menerima ramai pengunjung yang berbeza latar belakang untuk pelbagai majlis korporat.
Galeria yang dibina hasil inisiatif Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ini sangat bagus kerana memberi kesedaran kitar semula kepada masyarakat.

Orang awam boleh mengunjungi pusat ini bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Lokasinya terletak di Jalan SS8/39, Sungai Way Free Trade Industrial Zone, 47300 Petaling Jaya.
Hasil usaha pihak MBPJ telah memberi manfaat besar kepada masyarakat terutama penduduk di Petaling Jaya itu sendiri.
Daripada bahan buangan yang menjadi sampah sarap membawa pencemaran, lebih baik ia dijadikan bahan kitar semula. Usaha ini mampu menyemai rasa tanggungjawab selain meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk melindungi bumi serta alam sekitar.
PJ Smart Waste Solution Lab
Selain daripada PJ ECO Recycling Plaza, MBPJ juga membina tapak pelupusan iaitu PJ Smart Waste Solution Lab sebagai pendekatan pelupusan sampah di punca bagi mengurangkan kos pelupusan sampah di tapak pelupusan.

Apa fungsi Smart PJ Waste Solution Lab ini sebenarnya?
Untuk pengetahuan anda, Smart PJ Waste Solution Lab ialah tempat pengumpulan sisa makanan terbuang seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah rosak, makanan yang diperbuat daripada tepung seperti roti dan biskut, nasi basi dan sebagainya.
Tiga lokasi telah diambil sebagai kawasan projek perintis iaitu medan selera malam, pasar dan gerai Ibumee yang melibatkan kira-kira 300 orang peniaga bagi menguruskan sisa makanan.
MBPJ telah mengedarkan tong sisa makanan kepada peniaga-peniaga ini dan mereka akan menghantar ke pusat ini setiap hari. Sisa yang dihantar akan ditimbang dan direkodkan.
Sisa-sisa makanan yang diterima akan digunakan untuk menghasilkan tiga produk asas iaitu baja kompos cecair, biogas dan baja kompos kering.

Baja kompos adalah bahan organik yang telah terurai dan dikitar semula sebagai baja dan pinda tanah. Oleh sebab itu, sisa makanan seperti sayur dan buah digunakan untuk menghasilkan baja kompos kerana ia merupakan bahan organik.
Penghasilan baja kompos akan digunakan untuk tanaman organik. Hal ini akan menjadikan tanaman lebih segar dan berkualiti kerana tidak menggunakan bahan kimia.

Jika anda datang ke PJ Smart Waste Solution Lab, anda akan melihat pelbagai jenis tanaman yang segar-mugar berbeza dengan tanaman tanpa baja kompos. Sayur-sayuran daripada baja kompos juga lebih berkhasiat.
Smart PJ Waste Solution Lab ini telah dilaksanakan bukan sahaja sebagai pusat pengkomposan tetapi juga sebagai pusat pembelajaran kepada masyarakat.

Pusat ini menempatkan sebuah galeri, mesin anaerobic digester, kawasan penerimaan dan pengasingan sisa makanan, kawasan kompos kering, rumah hijau, tanaman hidroponik, tanaman organik dan juga green kiosk yang bertindak sebagai kiosk jualan produk.
Selain itu, sisa makanan juga menghasilkan produk bio-gas stove. Bio-gas stove adalah gas yang dikeluarkan dari sisa organik dan digunakan sebagai bahan api.

Bio-Gas berbeza dengan gas di rumah yang mengeluarkan api berwarna biru atau oren. Namun biogas akan mengeluarkan warna lutsinar. Kita tidak akan nampak api yang keluar daripada gas itu. Api daripada biogas lebih panas daripada gas di rumah.
Daripada penghasilan pelbagai produk ini, MBPJ telah melantik Syarikat CH Green Sdn yang akan membekal mesin dan menguruskan pusat ini selama 2 tahun bermula 2016. MBPJ juga menempatkan beberapa kakitangan bagi proses pembelajaran.
Hingga kini MBPJ telah menguruskan tempat ini sendiri dan mempunyai pekerja berpengalaman dalam pengurusan Smart PJ Waste Solution Lab.
Kesemua inisiatif ini membuktikan bahawa MBPJ sangat komited untuk menjadikan bandar Petaling Jaya sebagai bandar hijau demi menjaga alam sekitar. Sesuai dengan misi dan visi menjadikan bandar Petaling Jaya sebagai bandar ‘Smart, Sustainable and Resilient’ menjelang tahun 2030.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh mendapatkan info terkini melalui platform PJKITA iaitu satu ruang komunikasi digital antara pihak komuniti dan warga Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Instagram: https://instagram.com/pjkita?igshid=YmMyMTA2M2Y=
TikTok: https://www.tiktok.com/@pjkita_?_t=8ZhVYJDFoHZ&_r=1
Facebook: https://www.facebook.com/pjkita/
PJ ECO Recycling Plaza
Alamat: Jalan ss8/39, Sungai Way Free Trade Industrial Zone, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu Operasi: Setiap hari bermula pukul 9.00am hingga 4.00pm
Smart PJ Water Solution Lab
Alamat: 63, Jalan SS2, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: