Charlie Puth Bengang Lagu Beliau Digunakan Untuk Video TikTok Pesalah Kacak Ini

Penyanyi terkenal antarabangsa iaitu Charlie Puth melemparkan komen ‘pedas’ dan amaran kepada seorang pengguna TikTok kerana telah menggunakan remix lagu duetnya bersama Selena Gomez berjudul We Don’t Talk Anymore ketika menghasilkan video berkaitan dengan kisah Cameron Herrin.

Sekiranya menonton video tersebut, anda akan dapat lihat penyanyi Attention itu berkata, “Jangan gunakan lagu saya untuk video ini.” Pada waktu artikel ini ditulis, komen Charlie bagaimanapun tidak kelihatan dalam video berkenaan.

Sumber: The Vocket

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet menzahirkan rasa hormat kepada penyanyi berkenaan atas tindakan beliau yang sekeras-kerasnya membela pemergian Jessica dan Lilia yang terkorban kerana tindakan Cameron:

Disebabkan tindakan Cameron yang memandu laju melebihi 100mph sebelum melanggar Lillia dan Jessica sewaktu berlumba kereta bersama rakannya di Florida, Amerika Syarikat tiga tahun lalu, kedua-dua insan tidak bersalah itu kehilangan nyawa mereka.

Sumber: Twitter @aya_hafez04

Apa-apa pun, ramai pengguna TikTok di serata dunia mula ‘jatuh cinta’ dan berasa simpati kepada penjenayah itu apabila lelaki berkenaan dijatuhkan hukuman penjara selama 24 tahun atas kesalahan berlumba kereta sehingga menyebabkan Jessica, 24 tahun dan anak perempuan beliau iaitu Lilia terkorban ketika mahu melintas jalan raya pada tahun 2018 berdasarkan laporan Metro UK.

Ada juga pengguna aplikasi berkenaan mendesak pihak mahkamah untuk memberi peluang kedua kepada Cameron hanya kerana lelaki itu mempunyai wajah yang kacak.

Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan TikTok, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca