Cetus Panik Umum Perintah Berkurung 2 Jam Sebelum Berkuat Kuasa, Menteri Turki Letak Jawatan

Semalam Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu telah meletak jawatan kerana bertanggungjawab di atas suasana panik yang berlaku di negara itu.

Suleyman yang merupakan salah seorang tokoh paling kanan dalam pemerintahan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, telah mengumumkan perintah berkurung selama dua hari sehingga mencetuskan panik.

Dalam ciapannya di Twitter, beliau berkata ia merupakan tanggungjawabnya untuk melaksanakan keputusan perintah berkurung bagi mencegah wabak COVID-19.

Namun begitu, perintah berkurung 48 jam di 31 bandar itu diumumkan hanya dua jam sebelum ia dikuat kuasakan.

Hal ini menyebabkan suasana panik di dalam kalangan penduduk di sana. Ribuan telah keluar ke jalanan dan melakukan pembelian panik tanpa memakai topeng muka serta penjarakan sosial.

Disebabkan itu, banyak pihak telah mengkritik kerajaan berhubung tindakan beliau dalam melaksanakan perintah berkurung. Beliau akhirnya bertindak dengan ingin meletak jawatan.

Walau bagaimanapun, Presiden Turki telah menolak surat perletakan jawatan beliau.

Untuk rekod, Turki mencatatkan sejumlah 56,956 kes positif COVID-19 dan 1,198 jumlah mangsa korban.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Perintah Berkurung, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca