Cetus Kluster Sivagangga, Lelaki Ini Dipenjara 5 Bulan Dan Denda RM12,000

Mahkamah Majistret telah menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM12,000 kepada pemilik kedai makan Nasi Kandar Salleh di pekan Napoh yang telah menyebabkan kewujudan Kluster Sivagangga.

Memetik laporan Berita Harian, Nezar Mohamed Sabur Batcha mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun.

Terdahulu, kedai Nasi Kandar Salleh menjadi bualan ramai selepas ia didapati tidak merekod data pelanggan.

Apa yang lebih menimbulkan kemarahan orang ramai ialah Nasi Kandar Salleh bukan sahaja tidak menggunakan aplikasi MySejahtera ataupun merekod data pengunjung restoran itu menggunakan cara manual tetapi ia juga tidak mengambil suhu pelanggan sebelum mereka memasuki premis berkenaan.

Sumber: OpenRice

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor turut menjelaskan bahawa premis berkenaan sudah diarah tutup dan disita sebelum tindakan lanjut bakal ditentukan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (TEMCO) tamat pada 30 Ogos ini.

TEMCO terpaksa dilaksanakan di empat mukim di Kedah susulan kewujudan Kluster Sivagangga yang berpunca daripada pengusaha kedai nasi kandar berkenaan yang didapati positif COVID-19 selepas pulang dari India.

Namun, apa yang lebih memburukkan keadaan ialah individu berkenaan ingkar dengan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) pada 14 Julai lalu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata Kluster Individu Dalam Siasatan (PUI) Sivagangga di Kedah ini berkemungkinan untuk menjadi super spreader yang berkait dengan Genom 614 dari Mesir dan Pakistan. Hal ini demikian kerana Kluster Sivagangga ini merebak dengan sangat cepat berbanding sembilan kluster aktif lain.

Pada pendapat anda, adakah individu berkenaan patut menerima hukuman yang lebih berat atau sebaliknya?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Kluster Sivagangga, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca