Cetus Kebakaran Hutan Dengan Sengaja, Budak 11 Tahun Didakwa Berdepan Beberapa Tuduhan Jenayah

kebakaran-hutan-dengan-sengaja-budak-11-tahun-didakwa
Sumber: Astro Awani

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun didakwa berdepan beberapa tuduhan jenayah yang menyebabkan kebakaran hutan yang memusnahkan dua buah bangunan serta kerugian sebanyak AS$30,000 di Arizona, Amerika Syarikat.

Menurut laporan daripada Ibu Pejabat Daerah Polis Yavapai pada Sabtu lalu, kanak-kanak tersebut berdepan tuduhan membakar harta benda secara sengaja selain menyebabkan keadaan bahaya akibat tindakannya.

Kejadian kebakaran hutan tersebut tercetus pada Sabtu minggu lepas di Camp Verde hingga menyebabkan dua buah bangunan yang tidak didiami musnah. Memetik laporan daripada portal berita ABC News.

Sebelum kebakaran tersebut tercetus, pihak polis mengatakan bahawa terdapat saksi kejadian yang melihat tiga kanak-kanak sedang bermain dengan pemetik api dan tin penyembur cat.

Hasil siasatan mendapati bahawa suspek dengan sengaja mencetuskan kebakaran manakala dua rakannya cuba untuk memadamkan api berkenaan sebelum merebak ke kawasan yang lebih luas.

“Anggota bomba terpaksa membahayakan nyawa mereka bagi memastikan masyarakat sekeliling selamat. Bukan itu sahaja, kami berharap agar kanak-kanak berusia 11 tahun ini menyesal dengan perbuatannya itu,” kata Ketua Polis Yavapai dalam satu kenyataan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh tekan pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca