Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) telah membuat tinjauan di sebuah pasar raya di Sandakan mengenai isu penjualan ‘boxer’ yang terdapat cetakan ayat Al-Quran. Isu ini ditularkan di laman Facebook baru-baru ini dan mendapat perhatian umum berserta pelbagai reaksi.
Pemeriksaan lanjut yang dibuat oleh JHEAINS mendapati seluar dalam tersebut mempunyai cetakan sepotong ayat dari Surah Al-Hijr.
Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Sandakan, Romzi Abdul Rahman, mengesahkan perkara ini pada 30 April (Jumaat). “Memang ‘boxer’ itu dijual di pasar raya terbabit namun telah pun disimpan.”
Beliau menyatakan bahawa terdapat juga ‘boxer’ dengan rekaan yang memaparkan gambar berkaitan ketuhanan agama lain.
Pihak JHEAINS telah merampas beberapa helai seluar dalam berkenaan untuk tujuan siasatan. Pihak pasar raya juga diminta menyimpan dan tidak menjual seluar dalam itu lagi.
Bagaimanapun, Romzi memaklumkan bahawa pasar raya terbabit tidak terlibat dalam penghasilan seluar dalam terbabit. Pengeluar jenama pakaian dalam itu juga telah mengeluarkan arahan penarikan semula penjualannya.
Dalam pada itu, pemeriksaan di pasar raya sekitar turut menemukan seluar dalam yang sama dijual di sebuah pasar raya lain dan masih dipamerkan kepada pembeli. JHEAINS mengumumkan tindakan selanjutnya akan diambil bagi menangani perkara tersebut.
Artikel menarik lain: