Penulis: Pak Badrul
Waktu sudah menghampiri jam satu tengahari. Perut pun sudah berbunyi. Sedang aku bersiap-siap hendak keluar, tiba-tiba bos muncul dan mengajak aku dan dua orang lagi member sepejabat pergi makan di luar. Bukan main smart lagi bos, siap pakai tali leher. Baru habis meeting korporat agaknya.
“Jom teman saya makan. Pakai tie sekali. Baru lah nampak korporat macam saya.” ujar bos.
“Eh… Takpelah bos. Bos je lah pakai. Bos kan bos. Kami kuli je.” aku balas.
Di kedai makan, selepas memilih meja yang mana untuk diduduki kami berempat, kami pun menunggu waiter datang mengambil pesanan. Tak lama selepas itu, seorang waiter lelaki pun datang. Kebetulan waiter tu pun pakai tali leher. Aku perasan muka bos dah lain macam semasa dia memesan sepinggan nasi goreng. Beberapa saat selepas waiter tu beredar, kami pun bantai gelak sampai menangis. Bos pun gelak sama. Dia kesat air mata sambil tak berhenti ketawa.
Saat tu, aku dapat rasa bos punya stress kerja hilang apabila aku melihat raut wajahnya. Air mata bos yang mengalir tu adalah air mata gembira. Aku pandang dua orang member aku. Mereka pun serasa dengan aku.
Kami sayang bos… Huhu.