CERTOT: Si Cantik

Penulis: Ayu Saffron

Si Cantik memang cantik. Pandai. Bijak. Rajin. Tip top. Perfect. Dari zaman sekolah, Si Cantik ramai peminat. Bila sekolah buat dedikasi pada hari-hari tertentu, Si Cantik selalu dapat bunga, coklat dan bermacam-macam hadiah. Walaupun tak terima cinta, Si Cantik masih layan semua peminatnya dengan baik. Bila akhir tahun, Si Cantik selalu jadi pelajar terbaik. Cantik dan bijak. Perfect.

 

Habis sekolah, di universiti, Si Cantik makin bertambah cantik. Selalu jadi pelajar terbaik. Wakil universiti untuk macam-macam aktiviti. Ramai peminat minta nombor telefon. Si Cantik masih tak terima cinta mana-mana peminat kerana mahu habiskan belajar dahulu. Cantik dan bijak. Perfect.

 

Habis belajar, Si Cantik makin dewasa. Si Cantik dapat kerja bagus.Semakin lama bekerja, Si Cantik semakin dapat kepercayaan bos dan semua staf syarikat yang lain. Selalu dihantar bos untuk kendalikan pelanggan syarikat yang cerewet. Semua pelanggan syarikat senang dengan Si Cantik. Bila ada pelanggan syarikat yang suka pada Si Cantik, Si Cantik tolak kerana mahu stabilkan kewangannya. Tapi Si Cantik layan semuanya dengan baik. Cantik dan bijak. Perfect.

 

Setelah lama bekerjaya, Si Cantik rasa hidupnya sudah stabil. Si Cantik mula rasa hidupnya sunyi. Si Cantik mahukan teman. Tapi semua peminat-peminat Si Cantik dari zaman sekolah, universiti, dan pelanggan-pelanggan syarikat Si Cantik semua sudah berkahwin. Akhirnya Si Cantik duduk sendiri merenung cermin, melihat wajah cantiknya yang mula pudar dek usia.

 

Artikel Lain Untuk Di Baca