CERTOT: Setia

Penulis: Anis Akhir

Adakalanya manusia tidak lagi memandang kebahagiaan. Tetapi melihat erti kesetiaan. Jannah kecewa dan terluka. Dia belum pernah mengenal apa itu SETIA. Awal-awal lagi dia tidak tahu siapa yang melahirkan dirinya. Sedar-sedar saja, dia sudah berada di bawah himpunan sampah. Itu bukanlah pengakhiran hidupnya. Perjalanan hidup mesti diteruskan.

Seawal usia 19 tahun, Jannah sudah bergelar seorang isteri kepada penjual burger jalanan. Bukan salah dirinya yang inginkan perkahwinan seawal ini tetapi desakan sang kekasih terpaksa Jannah turutkan. Benarlah, bukan kebahagiaan yang dicari tetapi kesetiaan yang dinanti. Jannah redha apabila si suami menjatuhkan talak satu selepas 6 bulan usia perkahwinan mereka. Dengan alasan dia tidak lagi mampu memberikan kasih sayang sementara bekas suami dengan mudah sudah ada pengganti.

Sekali lagi Jannah kecewa dan terluka. Dia bagaikan dihimpit satu penderitaan yang sekaligus mengasak hatinya menjadi begitu rapuh. Dia tidak secekal mana. Dia hanyalah seorang wanita yang mencari sesuatu yang kekal buat dirinya.

Kini, Jannah terbaring di atas katil hospital. SETIA menanti saat nyawa hilang dari jasad.

Artikel Lain Untuk Di Baca