Penulis: Anis Akhir
Azali memejamkan matanya. Dia tidak percaya. Perkara seperti ini berulang kembali. Dia tidak tahu sama ada ini benar-benar salah sikapnya atau ada agenda tersembunyi yang cuba menggagalkan urusannya.
Hampir tiga jam komputer ribanya tidak dapat dihidupkan. Paparan skrin itu tetap hitam. Tiada tanda-tanda mahu berfungsi. Azali memandang helaian-helaian kertas assignmentnya yang masih belum disiapkan. ‘Due date’ pula dua hari lagi.
Azali buntu lalu berpesan pada diri; “Lain kali jangan buat kerja last minit. Dah rosak macam ni, kau nak minta tolong siapa?”