Penulis: Shahrizat Ahmad
“Eh, sayang dah balik? Meh sini abang simpankan cangkul sayang tu.” Pinta Rahman kepada isterinya yang baru pulang dari kerja kontrak membina rumah generasi kedua di kawasan Felda.
Rahman menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan isterinya. Perlahan Rahman cium tangan isteri yang baru dikahwininya dua bulan yang lepas. Kepala Rahman diusap-usap lembut.
“Ishhh sayang ni. Renyuklah songkok abang,” rengek Rahman manja.
Rahman memang begitu jika keluar rumah. Dia pasti akan mengenakan songkok bagi menutup rambutnya. Walaupun hanya di pintu rumah, Rahman masih ingat akan pesan isterinya iaitu jika ingin kemana-mana, jangan lupa pakai songkok.
Untuk sebulan pertama, Rahman agak kekok bersongkok apabila keluar bersama dengan isterinya. Ramai memandang serong kerana Rahman memakai songkok tetapi jambul terkeluar menampakkan anak rambut.
Namun lama-kelamaan, Rahman terbiasa dan beliau kini sedang menuju ke arah lebih sempurna dengan berkopiah litup.
* Anda mahu tulisan anda disiarkan untuk bacaan umum di portal I AM LEJEN? Emelkan tulisan anda ke [email protected]. Karya yang layak akan disiarkan berserta kredit kepada penulis.