CERTOT: Merungut

Penulis: NurQuwwatin

“Kurang ajar punya kucing!” getus hati Asraf. Kenapa hari ni semua orang buat aku marah. Semua benda tak kena. Bos cari pasal, tiba-tiba tukar tarikh dateline. Kak Lina tu pulak tak habis-habis bagi kerja. Mentang-mentanglah aku baru kerja sebulan. Dia pula sibuk membawang kat pantry. Lepas tu cakap kat bos dia yang buat semua kerja. Kucing ni pula tiba-tiba datang mengiau sana-sini. Macam-macam la. Pening aku.

Kenapalah hidup aku macam ni? Dah la followers IG dapat kira pakai tangan. Tak kaya macam budak instafamous. Result 7G tapi income tiap bulan kalah gaji aku sebulan.

“Kak berapa semua makanan ni?”

“RM 10 dik.”

Hidup kat bandar ni semua perlu duit. Makan sehari dah RM10. Turun kerja keluar duit, balik kerja keluar duit. Nasiblah hari ni aku puasa sunat, makan sehari sekali. Dapatlah jimat sikit. Nasib aku kot macam ni. Belajar tinggi-tinggi. CGPA 3.5 ke atas. At the end, jadi kuli. Nasib kau, Asraf.

“Lepas mandi jangan lupa solat.” pesan Ayah Asraf sebelum Asraf hilang dari pandangan matanya. “Satu lagi Asraf, Abah tengok kau asyik mengeluh, merungut je dua tiga hari ni. Kena bersyukur dengan apa yang ada ye nak? Ingat oran kat luar sana ada yang lagi susah dari kau.”

“Okay Abah.”

Selesai mandi, sejadah dihamparkan lalu sujudlah anak Adam itu kepada Sang Penciptanya.

“Ampunkan aku, Ya Allah, kerana tidak bersyukur dengan rezeki yang kau kurniakan. Maafkan hambamu yang lemah dan sering bergelumang dengan dosa ini, Ya Allah.”

Selesai solat, “Eh, macam mana Abah tahu aku merungut? Dia follow Twitter aku ke?”

Artikel Lain Untuk Di Baca