Penulis: Adibah Nadzar
11 malam. Aku scroll Twitter, bersepah isu nikah bawah umur, komuniti homoseksual, pondan mewah, Tik Tok dan sebagainya. Yang seorang komen begini, yang seorang lagi komen begitu. Masing-masing agresif melontarkan pendapat. Masing-masing nak bercakap. Masing-masing nak menyalak. Kelakar. Dah semua bercakap, siapa saja nak mendengar ? Aku tutup. Aku buka pula Instagram.
Ig story berderet.
Macam ini. ——————–
Seorang demi seorang kenalan aku punya story aku buka. Panjang sangat. Malas aku nak tengok dah. Aku tutup. Aku cuba pula buka scroll feed. Macam-macam jenis pose ada. Perempuan terutamanya. Dengan tudung singkat, dada terjojol. Entah apa yang comel sangat letak filter anjing di muka? Ha, sebijik macam anjing.
Scroll lagi.
Ada pula post gambar bahagia bersama pasangan haram mereka. Mesra. Berpaut pinggang, dada bertemu dada, leher si ‘teruna’ samar-samar jelas kebiruan. Hahaha. Esok lusa break, confirm keluar ayat,
” Lelaki semua macam sial. ”
” Perempuan semua dah bolos. ”
Dua-dua bodoh.
Scroll. Scroll. Scroll.
Ops.
‘Short vacay at Bali. #holiday #Indonesia’
Caption member seorang. Hah. Antara spesies manusia yang aku masih tak boleh hadam, babi punya muka tembok. Bercuti kau boleh, tapi hutang aku tiga tahun lepas kau kata tak mampu nak bayar. Dasar.
Ah. Sakit hati aku ! Aku tutup Instagram.
Ikon Facebook ditekan. Scroll. Scroll. Scroll.
Ramai betul yang share movie terbaru yang baru saja beberapa hari ditayangkan di pawagam. Ala.. apa tajuk tu? Ha! ‘Balik’ karya Kabar Bhatia.
Caption yang jelas.
‘Share sebelum kena padam.’ Aku jeling bawah post. 2.3k shared.
Wow. Siapa saja tak suka benda percuma? Manusia. Aku cuba pula melayan video-video viral.
Caption yang agak menarik.
‘Little-little not die, big-big trouble people.’ Aku tekan. Ohh. Video koko challenge penyanyi Asap Motor. Hah. Kena betul captionnya. Sudahlah suara macam katak, buat pula video publisiti murahan sebegini.
“Hahahahahahahahahahha.” Aku buka komen. Komen kejam, tapi kelakar semuanya. Senak perut aku. Meme, dan GIF bangang tak dilupa. Ah bodohlah mereka ni.
“Oi diam sikit boleh tak?” Azril, roommate aku, merangkap orang yang tidur di katil bahagian bawah tendang tilam aku, terasa pedih di pinggang. Aduh. Aku tinjau kebawah.
“Sorry.” aku memberi isyarat tangan.
Azril menjeling tajam, telinganya tersumbat dengan earphone Sony ciplak, tangan kanannya memegang phone, tangan kirinya tersembunyi di balik selimut. Kembang semacam saja tampaknya. Aku dah biasa. Memang rutin wajib Azril sebelum tidur setiap malam pun. Kadang-kadang lama juga dia gunakan toilet. Tak guna. Ah biarlah dia.
Facebook hambar. Aku buka pula aplikasi Shopi. Tengok kasut. Tengok jam. Tengok handphone baru. Cart aku dah lebih dari 200 item. Satu pun aku tak beli lagi. Kah ! Almaklumlah. Kerja despatch, beli tak mampu. Berangan sajalah. Manalah tau, esok lusa rezeki aku terlanggar anak dara CEO syarikat kaya raya masa hantar surat? Dia jatuh cinta pada aku, lepas tu kahwin, ayah dia murah hati, ayah dia naikkan aku jadi COO syarikat. Logik kan? Ala macam drama-drama waktu Maghrib selalu tu. Takkanlah tak pernah tengok?
Notifikasi MuslimBro masuk.
‘Waktu subuh dalam 10 minit lagi.’ Aku tekan.
Bawah waktu solat, ada ayat harian. Al Baqarah, ayat 21.
‘Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.’
Fuh nice ni kalau copy paste buat status Whatsapp. Sambil-sambil copy paste, azan Subuh sayup berkumandang.
Allahu Akbar, Allahu Akbar!
Posted !
Layu dah mata aku. Jam sudah 5.35 pagi. Aku kena tidur ni. Esok nanti lambat pula pergi kerja. Macam mana nak jumpa anak CEO? Hehehe.
Phone aku letak di sebelah, selamat beradu.
Assola tukhoirum minan naum!
Azril sudah lama tenggelam dek malam. Azan Subuh bagaikan lagu dodoi untuk aku. Hanyut.
Sidunting oleh: Aisa Benasri
Photo by Matheus Vinicius on Unsplash