KONGSIKAN

Penulis: Pak Badrul

Malam tadi aku bersengkang mata menyiapkan satu laporan yang diminta oleh bos aku, Encik Tawfiq. Arahan diterima lewat petang semalam. Segera katanya. Perlu hantar pagi-pagi di pejabatnya.

Pagi ini, dia sekadar menyelak helaian laporan yang bersusah-payah aku siapkan itu dengan sambil lewa.

“Kenapa laporan ni pendek sangat? Tak tahu buat laporan ke? Macam ni ke kau kerja, hah?!” Bertalu-talu Encik Tawfiq memarahiku.

Nada suaranya ditinggikan supaya didengari staf yang lain. Dia seperti sengaja hendak menjatuhkan air mukaku. Laporan tadi dihumbannya ke bakul sampah.

“Aku nak kau siapkan semula. Kali ni biar panjang laporan tu!” Arah Encik Tawfiq lagi.

‘Panjang kot report yang aku buat. Dia ni dah kenapa? Saja je cari pasal,’ gumam aku dalam hati lantas beredar ke kubikelku untuk menaip semula laporan itu.

Lima belas minit kemudian aku menyerahkan sepucuk surat kepada Siti Fairuz, si pembantu bos untuk diserahkan kepada Encik Tawfiq.

“Surat apa ni? Surat resign ke?” Tanya Siti Fairuz.

“Eh, tak lah,” balas aku sambil mengenyit mata kepadanya.

Siti Fairuz terus ke bilik Encik Tawfiq. Selang beberapa saat kemudian, terdengar dia menjerit namaku. Kuat juga suaranya.

“Syuuuuq!!!!!!”

Aku tergelak besar. Mana taknya. Aku taip ayat ‘Ini adalah satu laporan yang panjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang‘.

Tu je.

Foto Paparan Utama: The Office