CERTOT: Kereta Baharu

Penulis: Pak Badrul

Aku memerhatikan dia yang sedang asyik menghembus habuk di bumbung kereta sport barunya.

“Bila kau nak tukar kereta baru ni?” tanya dia sambil melihat kalau-kalau ada habuk lagi yang melekat pada keretanya itu. Wajahnya pun nampak jelas yang dia sedang riak.

Sambil memandang ke langit, aku pun membalas pertanyaannya.

“Aku bukannya tak nak tukar. Kau faham-faham jelah. Paling kurang pun loan mesti nak ikat 7 tahun. Sekarang ni dah nak masuk bulan September 2018. Lagi dua tahun je lagi nak masuk tahun 2020. Masa tu mesti semua kereta dah terbang kat langit. Aku tak nak lah nanti aku sorang-sorang je yang pakai kereta bergerak kat darat. Malu besarlah aku nanti!”

Dia terdiam dan berhenti mengelap kereta barunya itu. Dengar-dengar pinjaman kereta itu perlu dibayar balik dalam tempoh sembilan tahun.

Dia pun turut sama merenung ke langit.

 

Foto Paparan Utama: Vietnam.com Bridge

Artikel Lain Untuk Di Baca