KONGSIKAN

Penulis: Anis Akhir

Umar tahu dia sudah tidak punya waktu. Dia menyesal dengan tindakannya dahulu. Umar memandang sekilas jam tangannya. Pukul 10.20 pagi. Di kafe inilah dia memulakan segalanya dan di sini jugalah dia akan menamatkan rencah deritanya. Sebelum ini dia langsung tidak perasan akan kelainan itu sehinggalah Abu, abang kepada bakal tunangnya membongkar segala yang tersembunyi.

 

Derapan kaki semakin hampir ke meja yang sedang diduduki oleh Umar sekarang. Semakin lama semakin kuat, sekuat degupan jantungnya kini. Dia perlu berterus-terang atau Lin yang sepatutnya melakukan perkara demikian. Umar bingung.

 

“ Hai Umar, dah lama tunggu saya?” lembut Lin menyapa dirinya.

 

Umar tidak memandang gadis itu.

 

“ Saya tak nak teruskan hubungan terlarang kita ini” kata Umar sebelum sempat Lin duduk di hadapannya.

 

“ Jadi…awak dah tahu?” tanya Lin tanpa ada rasa kecewa.

 

“ Kenapa awak tak bagitahu saya sebelum ni? Awak tak takut dosa?” Umar hampa dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Lin sebentar tadi.

 

Lin terdiam.

 

“ Berapa kos awak buat pembedahan tukar jantina tu?”

 

“…”