CERTOT: Kaya

Penulis: Anis Akhir

Jamilah memasang angan-angan mahu berkahwin dengan orang kaya. Di imaginasinya sering membayangkan dia menaiki kereta mahal dan dipandu oleh pemandu yang sudah diupah, mendiami rumah besar lengkap berkolam renang dan memakai pakaian yang berjenama.

Tetapi, semua itu angan-angan palsu yang dahulunya menjadi panduan arah hidupnya.

Kini, meskipun Jamilah masih belum bersuami tetapi dia mampu mempunyai kereta tanpa mengupah pemandu, masih mampu membeli rumah sendiri walaupun tidak lengkap dengan kolam renang dan dia mampu membeli pakaian sendiri hanya dengan usahanya yang tidak putus-putus. Dia puas memiliki kekayaan hasil usaha sendiri bukan sekadar menumpang orang lain.

Artikel Lain Untuk Di Baca