Penulis: Anis Akhir
Hari ini hari lahir Jefri yang ke-24 tahun. Dia gembira kerana hari ini dia dibawa ke sebuah pusat peranginan oleh sahabat-sahabat baiknya, Aman dan Hazman. Kebetulan resort penginapan mereka betul-betul berhadapan dengan laut membuatkan Jefri bertambah teruja.
Tanpa menunggu sahabatnya yang lain Jefri seorang diri pergi melayan perasaan di tepi laut. Dari kejauhan Aman dan Hazman berbisik sesama sendiri.
“Kenapa dengan Jefri tu? Macam mengenangkan sesuatu saja,” kata Aman.
Mereka berdua perlahan-lahan mendekati Jefri yang sudah termenung jauh ditenggelami deruan angin laut.
“Kau okey?” Tanya Hazman.
“Tu…” jawab Jefri sambil menunjuk ke arah tengah lautan.
“Kasut baru aku dah hanyut…”
Aman dan Hazman berpandangan silih berganti.