CERTOT: Kalau Aku Papan, Aku Papan Berukiran

Penulis: Anis Akhir

Selepas insiden cintanya ditolak, Adura memandang tubuhnya di sebalik cermin di dalam biliknya.

“Takkanlah kerana badan aku kut dia tolak cinta aku.” Adura keluh sendiri.

Tidak dinafikan, tubuhnya tidaklah selangsing Lisa Surihani. Tetapi, layakkah kerana tubuhnya begitu menjadi punca penolakkan cintanya terhadap Hadi?

Walaupun begitu, perkara itu tidak menghalangnya untuk pergi ke perpustakaan, tempat Hadi bekerja. Dia ke sana hanyalah mahu meminjam buku rujukan untuk tesisnya, bukan semata-mata ingin berjumpa dengan Hadi.

“Kenapa kau tolak cinta Adura? Dia pandai kut.” tanya Fuad rakan sekerja Hadi.

Hadi masih sibuk membelek buku-buku yang baru sahaja dipulangkan oleh Adura tadi.

“Kalau kau nak perempuan kurus keding macam papan, kau bercintalah dengan papan kenyataan yang penuh dengan memo tu.” sindir Fuad lalu meninggalkan Hadi yang masih membisu.

* Anda mahu tulisan anda disiarkan untuk bacaan umum di portal I AM LEJEN? Emelkan tulisan anda ke [email protected] Karya yang layak akan disiarkan berserta kredit kepada penulis.

Artikel Lain Untuk Di Baca