Search
Close this search box.

CERTOT: Jalang

Penulis: Ayu Saffron

Okay sayang, see you. Take care,” aku memberikan ciuman selamat tinggal paling ghairah buat Razi.

Badanku lentok-lentokkan manja ke tubuh Razi. Razi keluar dari bilik hotel selepas membalas ciumanku dengan pelukannya yang hangat.

Aku selak selimut dan bangun dari katil. Bathrobe yang dicampak rakus malam tadi aku kutip dari penjuru bilik dan kusarungkan ke tubuh tanpa seurat benangku.

Telefon bimbitku menjerit minta diangkat. Panggilan masuk dari Zaidi aku abaikan. Beberapa minit kemudian, mesej pula dihantar.

‘Celaka kau perempuan jalang! Penyakit apa kau bagi aku ni sial! Kau nak mati, kau mati soranglah!’

Nombor Zaidi aku blocked. Sama dengan nombor adik Zaidi, Razi. Aku blocked juga awal-awal. Aku tersenyum sinis.

‘Padan muka kau Dato’ Jamal. Kau bagi aku penyakit. Aku jangkitkan sekali ke anak-anak kau. Mari kita mati sama-sama,’

Aku ketawa sekuat-kuat hati.

Artikel Lain Untuk Di Baca